Mak selalu pesan sebelum tidur baca doa supaya tak mimpi benda-benda mengarut berimaginasi tinggi high definition
"Amin Hamzah, kenapa kamu tidak hadir ke sekolah semalam?" Tanya Cikgu Jamilah.
"Cikgu mahu versi full episode atau episode telenovela yang bersambung-sambung?"
"Saya tidak faham. Em...baiklah full episode versi movie high definition." Jawab Cikgu Jamilah yang tidak mahu kalah kepada generasi Y yang memang pandai menggunakan ayat power lagi berasap. Dirinya juga mahu kelihatan muda cool walaupun umurnya akan mencecah 54 tahun bulan depan. Kita semua tahu itu saja tidak memadai, Cikgu Jamilah.
+++
Seperti kebanyakan malam, malam itu aku tidur bermimpikan sesuatu yang mencabar jiwa lelaki berdarah muda seperti aku. Malam itu aku bermimpikan James Bond. Sudah tentu akulah James Bond itu, versi melayu. Dalam mimpi itu aku ditugaskan untuk menyiasat dan menyamar sebagai seorang chef di sebuah restoran mewah di hotel 7 bintang di Paris. Yang peliknya, muka aku ala-ala Chef Wan. Bila ditenung lama sikit, macam Chef Ramsay pun ada juga. Ah, tapi itu tidak penting. Yang pentingnya, senyuman aku memang deadly menawan.
Sedang aku membelek buku menu dan meneliti menu masakan mana yang sesuai untuk para tetamu VVIP yang akan hadir untuk dinner malam ini (eh apa aku buat ni), aku diserang seorang pembantu dapur bertaraf low-class yang rupa-rupanya seorang perisik musuh aku. Maka bermulalah babak pergaduhan sepak-belasah-abuugen. Yang tak boleh blah nya adalah senjata kami. Si dia guna terung, dan ditangan kirinya pula memegang penutup periuk sebagai shield. Aku pula, kedua-dua tanganku memegang jagung mentah. Memang tak cool. Kejantanan tak ada di situ.
Wow. Pantas dan tangkas betul musuh aku ini. Berkali-kali tangan aku ditetak terung. Boleh jadi terputus lengan aku kalau ku biarkan saja. Lantas aku hayunkan kakiku, memberikan sepakan maut muay thai kepadanya. Bagus, sepakan mengena. Si dia menjerit kesakitan. Macam perempuan suara jeritannya itu. Kurang pasti.
+++
"Dan cikgu, sebab itulah saya tidak hadir ke sekolah semalam. Menemani emak di hospital ... yang sememangnya adalah mangsa keadaan."
"....Alasan diterima.... Tapi kenapa pula dengan mata kamu tu?" Tanya Cikgu Jamilah sambil menunjuk ke arah mata kanan Amin Hamzah yang biru purple lebam itu.
"Oh, walaupun saya memberikan sepakan maut muay thai kepadanya, si dia sempat juga memberikan tumbukan double fist Jackie Chan kepada saya."
+++








Post a Comment